fbpx

Anggota Malbatt meninggal dunia di Lubnan akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faridah Abd Rahman yang bertugas bagi misi Pasukan Pengaman Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), di Lubnan meninggal dunia baru-baru ini.

PETALING JAYA – Keputusan awal bedah siasat yang dijalankan ke atas anggota Malbatt 850-11, Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia ketika bertugas bagi misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), di Lubnan mendapati kematian arwah disebabkan serangan sakit jantung.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) dalam kenyataan hari ini berkata, proses bedah siasat Allahyarhamah Faridah telah selesai dijalankan oleh pihak Hospital Hammoud, Saida, Lubnan pada 19 Mei 2024.

“Keputusan awal bedah siasat telah diperolehi pada 20 Mei 2024 (Isnin), dan mengesahkan Allahyarhamah telah meninggal dunia akibat cardiopulmonary arrest due to myocardial ischemia/thrombosis, atau serangan sakit jantung,” katanya.

Dalam kenyataan sama, MK ATM berkata, jenazah Faridah akan dibawa pulang petang ini menaiki pesawat komersil.

“Pihak MALBATT 850-11 dengan bantuan daripada Kedutaan Malaysia di Beirut telah menyelesaikan segala urusan berkaitan proses dokumentasi dengan pihak berkuasa Lubnan serta UNIFIL bagi membawa pulang jenazah ke tanah air sekitar pukul 5.05 petang waktu Malaysia.

“Ia dijadualkan tiba ke tanah air esok pada pukul 9.50 malam waktu Malaysia dan solat jenazah akan dilaksanakan di Pangkalan Udara Subang sebagai penghormatan terakhir sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pendang, Kedah,” katanya.

Tambah kenyataan itu, jenazah akan dibawa menggunakan pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada keesokkan harinya (Sabtu) sekitar pukul 7 pagi.

“Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Anwar, Kg Tengah, Mukim Tualang, Pokok Sena, Kedah,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI