fbpx

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos depan akan dianjurkan di Putrajaya manakala, sambutan Hari Malaysia pula akan berlangsung di Sabah.

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos depan akan dianjurkan di Putrajaya manakala, sambutan Hari Malaysia pula akan berlangsung di Sabah.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perincian khusus berkaitan tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan diumumkan kelak.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, lokasi khusus bagi sambutan Hari Malaysia pula akan diumumkan selepas mesyuarat bersama kerajaan negeri Sabah dalam masa terdekat.

“Tahun ini, Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI