fbpx

Kemenangan Selangor buat Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF Haiqal (kanan) muncul wira apabila meledak gol tunggal menewaskan KDA FC 1-0 kelmarin. - SHIDDIEQIIN ZON

NOMBOR tujuh seakan menjadi angka keramat buat Selangor FC pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila pemain berjersi 77, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau muncul wira menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Selepas mengambil keputusan sukar untuk tidak bermain di Piala Sumbangsih, cerita kemenangan Selangor kali ini lebih menarik untuk dijadikan hadiah bermakna buat bintang utama Red Giants, Faisal Halim yang juga pemilik jersi nombor tujuh pasukan.

Malah, Aliff Haiqal juga bersedia untuk memainkan apa jua peranan yang dimahukan oleh jurulatihnya, Nidzam Jamil kerana keutamaan sekarang adalah membantu pasukan mencatat keputusan terbaik.

“Rezeki saya dapat jaringkan gol penting, tetapi saya harus berterima kasih kepada rakan sepasukan lain. Selepas jaringkan gol itu, sejujurnya saya hilang kata-kata, tetapi puas dapat tolong pasukan dan pastinya saya terbayang muka sahabat saya (Faisal).

“Kami akan sentiasa berada di belakangnya dan kemenangan ini juga untuk dia. Kalau jurulatih letakkan saya dalam kesebelasan utama, saya akan buat terbaik dan jika orang gelarkan saya ‘supersub’ pun saya terima,” katanya.

Kemenangan itu pastinya mengembalikan semua motivasi Red Giants yang dihimpit isu keselamatan ekoran insiden Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali dan kini sedang menjalani rawatan.

Bagaimanapun, Aliff Haiqal mengakui tidak menyangka dia bakal memiliki peluang seperti itu kerana sedar KDA FC dibarisi pemain berkualiti yang mampu menutup ruang sebaiknya.

“KDA FC pasukan yang bagus dari segi bertahan dan menyerang. Saya pun tidak jangka dapat bola seperti itu, tetapi inilah rezeki saya dapat bantu pasukan catat kemenangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI