fbpx

Dua lelaki mengaku salah ceroboh Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang digunakan dua individu berkenaan ketika mahu memasuki Istana Negara, Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang cuba menceroboh masuk Istana Negara pada Jumaat lalu mengaku bersalah selepas dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh.

Seksyen 447 memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

“Seorang lagi suspek turut dituduh di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Walau bagaimanapun suspek mengaku tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rusdi, motif cubaan menceroboh Istana Negara itu bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan setakat ini.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan seorang penghantar makanan dan buruh binaan ditahan bersama sebilah parang ketika cuba menceroboh masuk Istana Negara.

Kejadian pada pukul 4.40 petang itu berlaku ketika suspek yang menaiki kenderaan jenis Perodua Kembara cuba memasuki Istana Negara melalui Pintu 3.

Kedua-dua suspek memaklumkan mereka mahu bertemu dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek menjumpai sebilah parang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI