fbpx

MotoGP: Pilihan Bastianini kekal di Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI mahu terus berjuang untuk kekal dalam pasukan utama Ducati atau sekurang-kurangnya bersama pasukan satelit pengeluar tersebut. - AFP

LONDON – Pelumba Itali, Enea Bastianini mahu menggunakan segala peluang bagi memberikan aksi terbaik untuk kekal bersama Ducati biarpun dikaitkan dengan penghijrahan menyertai beberapa pasukan termasuk Aprilia.

Ketika ini, pejabat pasukan Ducati di Borgo Panigale sedang menyusun barisan pelumbanya musim depan terutama untuk menentukan siapa yang akan bergandingan bersama Francesco Bagnaia.

Bagnaia dikatakan tiada masalah untuk bergandingan dengan sesiapa selepas nama juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez (Gresini) dan naib juara 2023, Jorge Martin (Pramac) dicanang menyertai pasukan utama tersebut.

Pengurus Bastianini, Carlo Pernat mendedahkan bahawa Ducati bakal membuat keputusan mengenai senarai pelumbanya selepas Grand Prix (GP) Itali pada Jun nanti.

“Saya faham bahawa Ducati mempunyai tiga pelumba yang sangat kuat dan saya yakin pasukan Itali itu mungkin mahu mengekalkan dua pelumbanya walaupun sebelum ini mereka tiada perancangan seperti itu.

“Jika Martin menjadi rakan sepasukan Bagnaia, pada pendapat saya Ducati akan meletakkan Marquez dan Bastianini bersama pasukan Pramac untuk menggunakan jentera spesifikasi baharu tersebut.

“Jadi, saya rasa tiada masalah buat Bastianini asalkan dia kekal bersama pasukan rasmi,” kata Pernat yang tidak menolak mereka juga melakukan perbincangan bersama pasukan Aprilia mahupun KTM. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI