fbpx

Tubuh makin susut, status kesihatan Fatimah jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar Fatimah yang dimuat naik di Instagram The Family UK memaparkan dirinya sedang menerima rawatan di hospital di Birmingham.

PETALING JAYA – Status kesihatan anak kedua daripada tiga beradik The Family UK, Fatimah menjadi tanda tanya pengguna media sosial apabila akaun Instagramnya dipenuhi dengan gambar serta videonya di hospital.

Menerusi akaun Instagram itu, gambar Fatimah Omar Mukhlis, 10, menerima rawatan di hospital yang terletak di Birmingham pertama kali dimuat naik pada 16 Mac lalu.

Sejak itu, banyak gambar serta video Fatimah menjalani rawatan sering dimuat naik setiap hari, tanpa keluarganya mendedahkan sakit sebenar yang dihidapi kanak-kanak itu.

Difahamkan, ibu kepada Fatimah, Nor Ashila Mahamed Ismail, sedang menunggu nasihat daripada pakar tentang status kesihatan anak perempuannya itu sebelum mendedahkannya kepada umum.

Bagaimanapun, pengguna media sosial yang merupakan pengikut kepada akaun keluarga tersebut meluahkan kerisauan apabila melihat tubuh Fatimah yang semakin kurus dan susut.

Dalam pada itu, selebriti popular, Neelofa yang juga ibu saudara kepada Fatimah turut memohon rakyat Malaysia agar mendoakan kesembuhan buat kanak-kanak itu.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, keadaan anak saudaranya agak tidak berapa baik sekarang tanpa mendedahkan penyakit yang dihidapi Fatimah.

“Mohon doa-doa kalian seringkas ‘Moga Allahkan kurniakan kesembuhan pada Fatimah,” tulisnya ringkas.

Tiga beradik The Family UK iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.

Pada tanggal 19 May 2019, dunia selebriti dikejutkan dengan pemergian bapa saudara trio The Family UK, Adamdidam atau Muhammad Adam Mahamed Ismail yang meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.

Ramai mengetahui Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali begitu rapat dengan bapa saudara mereka yang juga merupakan chef selebriti tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI