fbpx

Blockout: Syaitan gagal jahatkan, tapi buat kita berasa paling baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aznil tidak bersetuju dengan tindakan sebilangan peminat yang melulu dalam usaha mengimarahkan kempen Blockout 2024.

PETALING JAYA – Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi menyifatkan kempen Blockout 2024 yang dilakukan rakyat Malaysia ketika ini sebagai keterlaluan kerana menjatuhkan maruah sesama manusia.

Kata Aznil atau mesra disapa sebagai Paknil, 61, sifat menghasut sehingga wujud cacian dan makian bukan cara yang tepat untuk merealisasikan kempen tersebut.

“Pada awalnya kita mahu jatuhkan Yahudi, tetapi akhirnya kita jatuhkan saudara mara Islam kita sendiri.

“Syaitan kalau gagal menghasut untuk menjadi jahat, dia akan menghasut untuk kita kelihatan baik.

“Kita nak jahanamkan kaum Yahudi tetapi pada masa sama kita berpecah, syaitan sukalah situasi Islam berpecah belah,” katanya menerusi Instagram.

Kecewa dengan apa yang berlaku, dia menyeru dan menasihati netizen agar tidak mudah menjatuhkan hukum kepada selebriti tanah air yang nama mereka  Blockout 2024.

“Apabila seseorang selebriti itu memuat naik tentang Palestin, janganlah mencemuh artis terbabit dengan perkataan ‘baru nak kongsi’.

“Sekurang-kurangnya dia kongsi juga isu kemanusiaan itu, bagus dia sedar mungkin akan dapat hidayah suatu hari nanti,” katanya sambil menasihati diri sendiri.

Dalam pada itu, Aznil juga mengajak orang ramai untuk melakukan satu gerakan kemenangan yang boleh rapatkan saf.

“Jom kita buat satu gerakan kemenangan yang boleh rapatkan saf, antaranya dengan membaca al-Quran dalam aplikasi Tiktok.

“Manalah tahu pergerakan yang kita mulakan di Malaysia dilihat oleh negara lain seperti Arab, Iran, Iraq, Indonesia dah sebagainya.

“Jadi, kita sebagai umat Islam perlu bersatu-padu, bukan disebabkan satu pihak yang berpecah hingga akhirnya menyebabkan semua umat Islam berpecah belah,” ujarnya.

Antara nama selebriti tempatan tersenarai dalam kempen atau gerakan Blockout 2024 termasuklah Mira Filzah, Daiyan Trisha, Neelofa, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Nadhir Nasar, Nabila Razali, Janna Nick, Ruhainies dan ramai lagi.

Gerakan bermula di pertunjukan fesyen Met Gala 2024 di New York pada 6 Mei pada masa sama serangan ke atas Rafah dilakukan menyebabkan netizen membantah selebriti yang membisu mengenai penindasan Zionis terhadap Palestin.

Disebabkan gerakan itu, bintang realiti, Kim Kardashian hilang tiga juta pengikut media sosial, diikuti Blackpink, Taylor Swift dan Selena Gomez.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI