Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumahtangga, Hushim Salleh.

Diseterika di kaki, tapi bertahan demi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak lima hingga 10 kes penderaan melibatkan pasangan suami isteri dirujuk kepada pakar kaunseling setiap bulan.

Perkara itu didedahkan Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumahtangga, Hushim Salleh yang memberitahu, sepanjang 35 tahun terlibat dalam bidang itu beliau banyak menerima aduan yang dibuat oleh isteri.

“Dalam sebulan, ada lima hingga 10 kes penderaan di­terima. Paling tinggi melibatkan penderaan emosi dan mental pasangan.

“Saya ada menerima kes seorang isteri didera suaminya terma­suk diseterika pada kaki, tetapi wanita itu memilih untuk bertahan dengan alasan anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Menurut Hushim, antara alasan lain yang diberikan si isteri adalah mahu menjaga aib pasangan selain belas ihsan yang sangat tinggi meskipun mereka diberikan layanan teruk.

“Ada yang bimbang suami mereka dibuang kerja jika isteri membuat laporan polis. Ada juga isteri yang tidak sanggup meme­gang status janda.

“Itu antara sebab isteri bertahan walaupun menjadi mangsa yang mana akhirnya perkara ini akan berlarutan sehingga mereka mendapat kegelisahan dan kemurungan,” katanya.

Jelas Hushim, kesan kes-kes melibatkan keganasan rumah tangga bukan hanya ditanggung isteri, malah anak-anak.

Katanya, anak-anak tersebut akan membesar dalam keadaan trauma dan lebih parah tidak mahu berkahwin apabila mening­kat dewasa.

Tambahnya, sejak tahun 2020, beliau melihat golongan isteri sekarang lebih berani menyuarakan hak mereka sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Keadaan ini berlaku kerana mereka sudah berdikari dan mempunyai sokongan ahli keluarga. Profesion mereka juga bukan biasa-biasa sebaliknya ada yang bergelar doktor, jurutera, guru dan banyak lagi,” katanya.

Beliau turut berpandangan isteri masa ini perlu berdikari dan bijak mengambil tindakan sekiranya menerima layanan buruk sama ada secara fizikal atau emosi.

“Apabila berdepan situasi sebegini, cari sistem sokongan seperti ibu bapa supaya dapat dibendung lebih awal. Jangan semata-mata mahu jaga aib, ada isteri sanggup didera sehingga terkorban,” pesannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN