fbpx

Lima penguat kuasa ditahan terima habuan bocor maklumat operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Lima penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM29,000 di sini semalam.

Menurut sumber, kelima-lima suspek tersebut menerima habuan daripada sebuah syarikat perikanan sebagai dorongan untuk membocorkan maklumat berkaitan operasi penguatkuasaan di sebuah negeri di utara tanah air.

“Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan antara 30-an hingga 50-an dipercayai ditahan kira-kira antara pukul 12 tengah hari hingga 2.45 petang semalam di pejabat SPRM Perlis ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Kesemua suspek telah ditahan kerana dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM500 hingga RM1,500 secara bulanan melalui pindahan akaun orang tengah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kelima-lima suspek disyaki terlibat dengan perbuatan itu sekitar tahun 2022 dan 2023.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Ab. Gani berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI