fbpx

Yumeiho Asia buka outlet pertama di Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaphir (dua dari kanan) bersama kakitangannya di pejabat Yumeiho Asia di Cyberjaya baru-baru ini.

CYBERJAYA – Yumeiho Asia optimis terhadap sokongan dan permintaan daripada pelanggan di negara ini bagi perkhidmatan berkaitan urutan berasaskan teknik tradisional dari Jepun yang memberi pengalaman berbeza daripada perkhidmatan syarikat pesaing.

Pengasas dan pengarah syarikat, Zaphir Lembang berkata, teknik rawatan yang dikenali di Negara Matahari Terbit sebagai Kotsuban Yumeiho itu telah di­iktiraf di peringkat antarabangsa dan kini telah mendapat tempat di lebih 80 buah negara di seluruh dunia.

Menurut beliau, teknik urutan ini agak unik dan lain daripada yang lain kerana ia dilakukan tanpa menggunakan sebarang minyak urut dan juga pelanggan tidak perlu membuka pa­kaian untuk memudahkan urutan dibuat seperti yang dilaksanakan oleh perkhidmatan konvensional.

“Terdapat 100 teknik urutan yang terbahagi kepada empat konsep atau tahap yang diguna pakai untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengenalan perkhidmatan Yumeiho Asia di sini baru-baru ini.

Zaphir yang memiliki pengalaman selama 15 tahun dalam bidang tersebut menerangkan, syarikat sebelum ini telah bero­perasi di Kuantan, Pahang tetapi sambutan yang diterima tidak memuaskan sehingga memaksa syarikat beralih ke lokasi strategik di sini.

Mengulas lanjut, mengenai operasi perniagaannya, Zaphir berkata, pelanggannya bukan hanya datang dari Malaysia tetapi juga dari negara jiran serta dari Kuwait dan Arab Saudi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI