fbpx

Penduduk ketakutan ‘kepala buaya’ dalam lopak air 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Disangka buaya sebenar, sebaliknya hanya mainan kanak-kanak diperbuat daripada plastik. - SWNS

LONDON – Polis menemui kepala buaya timbul di permukaan sebuah lopak air di Cholesbury, England, lapor akhbar Metro UK semalam.

Namun tanpa disangka, ia rupanya mainan kanak-kanak diperbuat daripada plastik. 

Penemuan itu berlaku selepas penduduk setempat gempar dengan kemunculan kepala buaya di dalam lopak berdekatan. 

Setibanya di tempat kejadian, anggota-anggota polis menyedari ia tidak mempunyai badan dan kepala itu hanyalah patung plastik. 

“Bukan setiap hari kami menerima laporan berhubung seekor buaya yang muncul atas permukaan air berhampiran Cholesbury,” kata seorang pegawai polis Thames Valley. 

“Jangan risau, buaya (patung plastik) itu kini bersama kami di balai polis,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI