fbpx

Melecur tahap 4 paling teruk, jejas hingga tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Info perkongsian daripada PHM di Facebook.

PETALING JAYA – Kecederaan melecur tahap empat merupakan kesan kebakaran paling teruk dan dalam sehingga menjejaskan ketiga-tiga lapisan kulit manusia.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, selain merosakan lapisan kulit, ia juga berisiko berlakunya kerentungan sehingga otot dan tulang.

“Kulit mangsa akan menjadi kering, garing dan kemungkinan ‘masak’,” katanya.

Tambah PHM, kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh.

Katanya, jika lapisan kulit itu rosak, maka ia membahayakan organ dalaman lain dan memberi kesan kesakitan yang sangat kuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI