fbpx

7 maut bangunan runtuh di Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat berada di lokasi runtuhan apartmen di George semalam. - AFP

CAPE TOWN – Pasukan penyelamat Afrika Selatan berjaya menghubungi 11 mangsa yang berada di bawah runtuhan bangunan dalam usaha untuk menyelamatkan berpuluh-puluh orang yang masih terperangkap, dalam kejadian di bandar George.

Menurut pihak berkuasa perbandaran, dalam insiden runtuhan bangunan tersebut, sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban setakat semalam.

Sementara itu, 33 lagi ditarik keluar dari serpihan runtuhan sebuah blok apartmen lima tingkat yang masih dalam pembinaan.

“Tujuh daripada mereka meninggal dunia,” kata pihak berkuasa di George, yang terletak 400 kilometer di timur Cape Town.

Tambah pihak berkuasa, seramai 42 orang masih tidak dapat dikesan, selain 11 orang berjaya dihubungi.

“Kami berhubung dengan 11 orang yang terperangkap di bawah runtuhan,” kata Colin Deiner yang merupakan ketua operasi menyelamat.

Setakat ini, punca bangunan runtuh masih tidak diketahui. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI