fbpx

Kami semua bersama Faisal Halim – Al-Rawabdeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG import Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh tampil menzahirkan sokongan moral kepada Faisal Halim.

PETALING JAYA – Bintang import Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh menzahirkan sokongan moral kepada Faisal Halim dan mahu rakan sepasukannya itu mampu hadapi dugaan kali ini dengan lebih kuat.

Pemain kebangsaan Jordan itu menjelaskan seluruh pemain khususnya di Selangor FC akan kekal di belakang Faisal dan berharap terus kuat untuk menjalani proses pemulihan.

“Semoga Tuhan bersamamu dan saya harap kamu kembali dengan lebih kuat sahabatku. Kami semua bersama kamu,” katanya menerusi IG Story miliknya.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar turut menyeru agar peminat sukan tanah air mendoakaan yang terbaik buat bintang Harimau Malaya itu dan difahamkan melecur tahap empat di sekitar tubuhnya ekoran terkena simbahan asid semalam.

Sementara itu, bekas rakan sepasukannya ketika bersama Pahang pada 2018, Chan Vathanaka turut menzahirkan sokongan dan mendoakan kesembuhan buat Faisal.

“Saya dengar berita buruk mengenai anda, harap anda tiada masalah dan berharap anda kembali sembuh Mickey,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI