fbpx

JKM bantu mangsa dinoda bapa sampai hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi dan kaunseling terhadap seorang wanita yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun di Port Dickson.

Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, sokongan psikologi dan kaunseling itu akan diberikan kepada mangsa berusia 20 tahun itu berdasarkan keperluan bagi memulihkan trauma dihadapinya akibat dirogol selama lapan tahun.

“Kes (mangsa) tinggal dengan ibu saudara buat masa sekarang. Akan dijalankan semakan lanjut (keperluan dan perlindungan) berhubung keadaan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Rosnah, pihak JKM juga masih menyemak status anak mangsa yang dilahirkan hasil hubungan haram tersebut.

“Masih dalam semakan pihak kami lagi (status anak),” katanya.

Semalam media melaporkan seorang wanita berusia 20 tahun yang dirogol bapa kandung sejak berusia 12 tahun sehingga melahirkan dua anak terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis pada 1 Mei lalu.

Difahamkan seorang anak mangsa meninggal dunia semasa lahir manakala seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun didakwa telah diserahkan kepada individu lain yang masih belum dikenal pasti.

Kejadian itu pernah diceritakan kepada ibu mangsa, namun tidak diendahkan walaupun dia telah melahirkan anak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI