fbpx

PM hadir rumah terbuka Persatuan Khalifah Jelutong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong di Kota Giam, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong di Jalan Kota Giam, di sini, malam tadi.

Beliau yang lengkap berbaju Melayu dan bersamping tiba kira-kira pukul 11 malam dan disambut Pengerusi Persatuan Khalifah Jelutong, Ali Mubarak.

Anwar meluangkan masa kira-kira 40 minit bagi menikmati hidangan dan beramah mesra bersama ribuan penduduk setempat yang memeriahkan majlis tersebut.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mohamad Abdul Halim dan Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol dan Penasihat Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman.

Terdahulu, beliau turut menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra, di Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI