fbpx

Pemuda belasah ibu guna bu sepana dirujuk pakar psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Helmi didakwa mencederakan ibunya di dalam sebuah rumah di Kampung Bongor, Gerik. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KUALA KANGSAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang mencederakan ibu kandungnya dengan sepana di Gerik pada Selasa lalu menjalani pemeriksaan psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Rohaida Ishak selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan berikutan tertuduh, Mohamad Helmi Hamzah, 29, tidak memahami pertuduhan tersebut.

Mahkamah menetapkan 24 Jun ini untuk serahan laporan psikiatri tertuduh yang tidak diwakili peguam itu.

Terdahulu, Muhammad Firdaus memohon agar tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta di Tanjung Rambutan bagi mendapatkan laporan mental berikutan lelaki itu mempunyai rekod rawatan psikiatri.

Mohamad Helmi yang juga penganggur didakwa mencederakan ibu kandungnya yang berusia 54 tahun dengan sepana plug iaitu alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang ia boleh menyebabkan kematian.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang lelaki ditahan selepas ibu dan adik lelakinya membuat laporan dalam keadaan berlumuran darah selepas mendakwa dicederakan suspek dengan sepana dan pisau menoreh getah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI