fbpx

Aksi Neto ditunggu penyokong Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Lembaga Pengarah Penang FC, Danial Gooi hadir pada Majlis Pelancaran Jersi Penang FC 2024 di Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Penampilan sulung pemain import Penang FC dari Brazil, Neto Oliveria pada aksi pertama Liga Super 2024, Sabtu depan sememangnya ditunggu-tunggu peminat pasukan itu.

Pemain kecil molek berusia 26 tahun itu dikatakan bakal berada dalam kesebelasan utama pasukan sekali gusbergandingan dengan tiga lagi rakan import iaitu Rafael Vitor, Richmond Ankrah dan Rodrigo Dias.

Pengendali Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhil berkata, kemungkinan besar pemain dengan ketinggian 164 sentimeter itu berada dalam kelompok kesebelasan pemain utama.

“Saya nak pantau juga prestasi dan tahap kecergasannya dalam seminggu ini, Jika dah bersedia kemungkinan besar akan berada dalam kesebelasan utama.

“Tiga pemain iaitu Rafael, Richmond dan juga Dias sudah lama dalam pasukan dan hampir lebih daripada sebulan. Jadi, mereka sudah serasi sesama sendiri.

“Tetapi Neto baru seminggu menyertai latihan dan mungkin memerlukan sedikit masa untuk serasi dan juga memahami apa yang hendak pasukan lakukan dalam perlawanan. Saya yakin dengan pengalamannya bermain dalam Liga Brazil akan cepat menyesuaikan diri,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jersi Penang FC 2024 di Bukit Mertajam di sini hari ini.

Jersi utama pasukan Penang mengetengahkan warna biru air laut, manakala jersi kedua pula menggunakan warna kuning sebagai simbol kemakmuran
negeri ituyang diilhamkan daripada bendera negeri Pulau Pinang.

Reka bentuk jersi merupakan hasil gabungan idea daripada penyokong, pengurusan dan Kaki Jersi.

Dalam pada itu, Akmal meletakkan keyakinan tinggi terhadap pasukannya pada perlawanan pertama menentang skuad Sang Badak, 12 Mei ini sekali gus menjanjikan persembahan terbaik yang akan dipamerkan anak buahnya nanti.

“Sudah 100 peratus kenal pasti pemain yang bersedia dan pada masa sama pemain-pemain juga telah bersedia untuk memikul tanggungjawab termasuk sekiranya dimasukkan jika apa-apa berlaku kepada pemain kesebelasan utama.

“Saya berpuas hati dan gembira dengan perlawanan pramusim yang kita lalui dalam tempoh dua bulan lebih ini.

“Mengenai keserasian, semua pemain sudah mula serasi antara satu sama lain, memahami rakan-rakan dalam pasukan. Mereka juga sudah memahami apa yang diinginkan oleh saya dalam segi corak permainan, taktikal pasukan,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya berusaha untuk mendapatkan keputusan yang positif berbanding musim lalu bermula dengan perlawanan sulung menentang Sabah, 12 Mei ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI