fbpx

[VIDEO] Jadi kafir, murtad jika bergurau isu hina Islam dalam ‘live’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar.

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, sekiranya seseorang Islam menjadikan isu menghina agama Islam sebagai gurauan ketika melakukan siaran langsung di media sosial, individu tersebut dikategorikan sebagai kafir dan murtad.

“Jadi kafir, keluar daripada agama Islam walaupun bergurau. Ada lima perkara yang tidak boleh dibawa bergurau.

“Pertama, merdeka hamba. Kedua, bab nikah. Ketiga, melibatkan cerai, keempat adalah rujuk dan kelima pula perbuatan kafir.

“Antara perbuatan kafir, hina agama Islam. Barang siapa yang mempersendakan agama Islam, telah menjadi kafir dan haram ditanam di kubur orang Islam walaupun sekadar kandungan TikTok,” jelasnya.

Ustaz Azhar berkata demikian bagi menjawab soalan berkaitan ‘Apakah hukum menghasilkan kandungan menghina Islam dengan tujuan untuk mendapatkan pengikut yang ramai di media sosial?’ menerusi satu sesi kuliah yang disampaikan beliau, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI