fbpx

[VIDEO] ‘Tolong saya, seorang tak boleh keluar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang wanita meminta bantuan orang awam selepas pesawat dipandunya terhempas.

TANJUNG MALIM – “Tolong, tolong saya, seorang tak boleh keluar”

Demikian kata seorang wanita yang juga mangsa kejadian pesawat ringan terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2 Tambahan, Sungkai di sini hari ini.

Menerusi video tular dikongsikan Shah Sungkei di aplikasi Facebook, wanita tersebut dilihat cedera di bahagian kepala sedaya upaya memanggil orang awam untuk meminta bantuan.

Menerusi video tular berdurasi 15 saat itu, pemandu pesawat tersebut turut merayu menyelamatkan seorang lagi rakannya tersangkut di dalam pesawat berkenaan.

“Tolong, tolong saya boleh ke, terima kasih banyak-banyak, seorang tersangkut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Setakat ini dua mangsa terlibat dan kedua-duanya selamat,” katanya.

Difahamkan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI