fbpx

Kerajaan benar Kedah tukar status tanah sawah MADA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kiri) pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri di pekarangan Darulaman Park, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

JITRA – Kerajaan Persekutuan bersedia meluluskan penukaran status tanah sawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kepada pembangunan komersial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu adalah inisiatif untuk membantu meningkatkan pendapatan Kedah yang mempunyai peranan penting terhadap keselamatan makanan negara.

Kata beliau, kebenaran itu diberikan untuk penukaran tanah sawah di bawah kelolaan MADA yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Kita beri pertimbangan umpamanya cadangan beberapa kawasan MADA, kalau boleh sedikit kawasan itu dipindahkan untuk perumahan, industri atau perniagaan.

“Kerajaan Persekutuan pada dasar bersetuju dan saya minta pegawai-pegawai berkaitan runding segera supaya dapat membantu meningkatkan pendapatan Kedah,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri di pekarangan Darulaman Park, di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar juga bersetuju meningkatkan peruntukan bagi projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan MADA bagi projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun.

Katanya, peruntukan bagi projek itu yang sebelum ini membabitkan nilai RM3 bilion dinaikkan kepada RM5 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI