fbpx

Hospital Sungai Buloh cari waris jenazah Samin Paliman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Samin Paliman, 65, disahkan meninggal dunia 24 April lalu.

SUNGAI BULOH – Hospital Sungai Buloh sedang mengesan waris kepada jenazah seorang lelaki warga emas yang kini masih belum dituntut di Jabatan Forensik hospital berkenaan.

Bahagian Perhubungan Awam Hospital Sungai Buloh dalam satu kenyataan hari ini berkata, warga emas berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia 24 April lalu.

“Untuk makluman, si mati bernama Samin Paliman telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 20 April dan meninggal dunia empat hari kemudian.

“Pihak Jabatan Perubatan Forensik telah berusaha mengesan waris berdasarkan pencarian dari Jabatan Pendaftaran Negara namun tiada maklumat keluarga diterima.

“Alamat terakhir si mati adalah bertempat di 160-1A, Wisma Utama, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, pihak Hospital Sungai Buloh memohon waris atau orang ramai yang mengenali si mati supaya dapat tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh di talian 03-61454333 sambungan 3100. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI