fbpx

Negara kekurangan 30,000 jurutera dalam mendepani teknologi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Negara kekurangan seramai 30,000 jurutera dalam mendepani cabaran teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk menguasai teknologi itu.

Menurutnya, teknologi AI perlu dikuasai kerana ia merupakan tuntutan masa kini dan boleh menyebabkan negara ketinggalan dalam perkembangan teknologi jika gagal berbuat demikian.

“Ini bermakna pelajar-pelajar sama ada di maahad tahfiz, sekolah TVET atau universiti mesti diberikan kesempatan untuk bersama-sama menguasai ilmu baharu ini.

“Saya beri jaminan kepada Kerajaan Kelantan bahawa anak-anak negeri ini akan diberikan ruang yang sama untuk menguasai teknologi AI baik melalui TVET atau lain-lain latihan kejuruteraan,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, beliau turut meminta pihak Microsoft untuk menjadi penasihat dalam pembangunan teknologi AI di negara ini susulan pertemuannya dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella di Putrajaya pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI