fbpx

MCBA mula tugas semalam – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyaksikan KSU KDN, Datuk Ruji Ubi menyerahkan dokumen terma rujukan MCBA kepada Presiden PPTD, Datuk Seri Isham Ishak (dua kanan). -Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan , Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) mula melaksanakan tugas bermula semalam.

Perdana Menteri menegaskan , semua agensi-agensi penguatkuasaan dan kementerian terlibat seperti Jabatan Imigesen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia diarahkan untuk meletakkan pegawai-pegawai di sempadan utama dan memulakan tugas segera.

“Undang-undang (penubuhan agensi ini) hanya akan dibentangkan di Parlimen pada Julai, tetapi pada 1 mei adalah bermula punca kuasa pada perkara-perkara berkenaan. Bermakna dari polis, Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Imigresen sebagai punca kuasa.

“Oleh demikian semua jabatan dan kementerian harus menerima arahan ini meletakkan pegawai-pegawai di sempadan utama sekarang dan melaksanakan tugas dengan Ketua Pengarah, Datuk Seri Hazani Ghazali yang mempunyai tugas besar untuk jaga seluruh sempadan kita.

“Semua jabatan tanpa kecuali harus menerima arahan ini secara serius dan melaksanakannya sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Anwar berkata, agensi ini merupakan satu agensi yang boleh menyelaraskan dan memastikan pelaksanaan baik, licin dan kelulusan kemasukan disegerakan selain kawalan keselamatan dijaga dan segala kebocoran dan penyeludupan dihentikan.

“Ini tugas besar Hazani dan keluarga MCBA dan saya percaya mereka dapat melaksanakan tugas sebaiknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI