fbpx

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah, pengorbanan pekerja merupakan pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.

“Terima kasih di atas usaha, komitmen dan pengorbanan anda. Tanpa penat lelah setiap lapisan para pekerja, kemajuan takkan tercapai.

“Anda adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik,” titah baginda dalam kenyataan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI