fbpx

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri; Nurul Nabilah, Muhamad Zamry dan Wan Najib memainkan peranan baharu dalam Kumpulan Richiamo bermula April ini.

PETALING JAYA – Kumpulan Richiamo Sdn. Bhd. mengumumkan penstrukturan syarikat melibatkan pertukaran dan lantikan baharu bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan.

Mendahului pertukaran dan pestrukturan semula jawatan ialah Muhamad Zamry Abu Samah, yang sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn. Bhd. dan beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Sdn. Bhd.

Beliau bertanggungjawab terhadap pembesaran, operasi dan memantau hal ehwal anak-anak syarikat iaitu Richiamo Coffee Sdn. Bhd., Richiamo Manufacturing Sdn. Bhd., Richiamo Mart Sdn. Bhd. dan Yayasan Dakwah Negara.

Muhamad Zamry berkata, penstrukturan semula syarikat adalah bagi mengukuhkan kedudukan jenama Richiamo di pasaran tempatan selain mengembangkan perniagaan menerusi anak-anak syarikat yang baharu ditubuhkan.

“Selepas lapan tahun ditubuhkan, jenama Richiamo hanya dikenali sebagai jenama kopi dan saya merasakan sudah tiba masanya untuk kami berkembang kepada perniagaan lain yang berkait rapat dengan perniagaan teras Richiamo Coffee,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kumpulan Richiamo merancang untuk bergerak aktif mulai tahun 2024 sebagai sebahagian perancangan untuk perkembangan perniagaan secara keseluruhannya.

Richiamo Holdings Sdn. Bhd. turut mengumumkan pelantikan Wan Najib Wan Daud sebagai  Pengarah Urusan Richiamo Mart Sdn. Bhd. berkuatkuasa April 2024.

Sebelum ini, Wan Najib merupakan pegawai khas kepada Pengarah Urusan Richiamo Coffee dan akan mengetuai operasi keseluruhan serta pengembangan dan pembukaan cawangan-cawangan Richiamo Mart di seluruh negara.

Beliau membawa bersama pengalaman luas di dalam pelbagai industri, termasuk media, permotoran serta korporat. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Wartawan Eksekutif Utusan Malaysia dan pernah menyandang jawatan Setiausaha Akhbar Menteri MITI.

Richiamo Mart merupakan anak syarikat yang baharu ditubuhkan dan merupakan sayap perniagaan Kumpulan dalam segmen kedai runcit.

Dijangka menjelang separuh kedua 2024 sebanyak tiga atau empat cawangan Richiamo Mart akan memulakan operasi masing-masing.

Mengetuai semua operasi Richiamo Coffee pula ialah Nurul Nabilah Muhamad Zamry yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi dan akan mengetuai semua operasi harian rangkaian kopi premium itu bermula April 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI