fbpx

Undang Luak Rembau meninggal dunia akibat sakit tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Sharip

REMBAU – Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman, 83, meninggal dunia di kediaman rasminya di sini pagi tadi akibat sakit tua.

Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di surau kediaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri selepas solat Asar.

Menurut beliau, majlis mendirikan adat akan dilaksanakan bermula pukul 11.30 pagi ini dan rakyat di daerah ini boleh menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman rasmi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini berkata, rakyat Rembau berdukacita kerana telah kehilangan individu yang sangat memberikan kerjasama dalam pelbagai hal terutamanya keagamaan serta adat istiadat.

Allahyarham dilahirkan pada 14 Ogos 1941 di Kampung Waris Tebat, Chembong Kecil, di sini dan telah dimasyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke 21 pada 21 November 1998.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI