fbpx

1,588 jemaah haji Pahang terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan Barakah Haji Pahang dan Juadah Makmur Jemaah Haji kepada bakal jemaah haji negeri ini di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Rezeki buat 1,588 jemaah haji negeri ini apabila menerima sumbangan berjumlah RM750 seorang daripada kerajaan negeri yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.5 juta.

Sumbangan di bawah program Bantuan Haji Negeri Pahang yang dijenamakan semula kepada Barakah Haji Pahang itu meningkat sebanyak RM250 berbanding tahun lalu sebanyak RM500.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan terbabit diberikan sebagai tanda mensyukuri serta meraikan jemaah haji negeri ini yang akan berangkat ke Tanah Suci pada Mei nanti.

Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan pek makanan Juadah Makmur Jemaah Haji kepada setiap jemaah haji sebagai bekalan dan pengubat rindu juadah Malaysia apabila berada di Tanah Suci nanti.

“Kerajaan negeri setulus ikhlasnya memberi sumbangan sebanyak RM750 bagi setiap jemaah dan juga bekalan makanan.

“Saya berharap mereka semua dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan berharap mereka dapat menjaga kesihatan dan memberi tumpuan semasa berada di Madinah dan Mekah untuk mengerjakan haji,” katanya pada Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Dan Penyampaian Bantuan Haji Negeri Pahang Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, di sini hari ini.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan meneruskan lagi sumbangan sedemikian pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI