fbpx

Jemaah haji boleh bayar dam dan korban melalui aplikasi THiJARI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TH bakal meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) bakal meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini bagi memudahkan bakal-bakal jemaah haji di Malaysia.

Menurut Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab, jemaah haji bagi musim 1445H/2024 boleh membuat pembayaran dam sebelum ke tanah suci Makkah.

“Bertepatan dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, bakal haji tahun ini yang akan melaksanakan ibadah haji secara Tamattu’ dan Qiran digalakkan untuk melaksanakan bayaran dam pada kadar semasa yang ditentukan sebelum sampai di tanah suci kerana lebih mudah.

“Sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan haji yang menyeluruh, tahun ini TH terus menyediakan kemudahan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI dan juga melalui kaunter pejabat cawangan di seluruh negara.

“Kaedah pembayaran secara atas talian ketika di tanah air lagi pastinya dapat membantu menyenangkan lagi bakal haji berbanding ketika tiba di Makkah nanti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Ameen berkata, pembayaran dam tahun ini ditetapkan pada kadar RM725 bagi seekor kambing atau kibas di mana daging sembelihan ini akan diagihkan kepada penduduk yang layak di Makkah.

Manakala, kadar pembayaran korban pula ditetapkan pada RM936 untuk seekor kambing atau kibas dan urusan pengagihan akan dilaksanakan oleh Islamic Development Bank (IDB) kepada penduduk Islam yang layak terutamanya di rantau negara teluk dan benua Afrika.

Menurut beliau, tawaran pelaksanaan Qurban ini turut dibuka kepada semua pendeposit TH.

Tambah Mohamed Ameen, pembayaran dam dan korban ini boleh dilaksanakan melalui aplikasi THiJARI bermula hari Isnin, 29 April 2024 ataupun secara bersemuka melalui pembayaran
di mana-mana kaunter pejabat cawangan TH di seluruh negara.

Dalam pada itu, Mohamed Ameen turut mengingatkan kepada semua bakal haji supaya berwaspada dengan sebarang tawaran pembayaran dam yang mencurigakan daripada agensi-agensi pelancongan ataupun mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“TH berasa bertanggungjawab untuk mengingatkan kepada para pendeposit terutamanya bakal-bakal haji untuk menyemak dan memeriksa terlebih dahulu sebarang syarikat penyedia perkhidmatan korban atau dam secara teliti bagi mengelakkan dari terpedaya dengan taktik scammer.

“Sekiranya bakal haji ingin laksanakan korban atau dam dengan sendirinya, dinasihatkan supaya bakal haji memastikan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut berdaftar secara sah dan mempunyai pengalaman serta rekod pengurusan pelaksanaan dam dan korban yang baik di tanah suci,” jelasnya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603 – 6207 1919; Faks: +603 – 7728 4959 atau e-mel di [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI