fbpx

Mangsa maut nahas Kuala Krai tinggal isteri berpantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juhasni (kiri) menunjukkan gambar Juhazrie Junoh yang maut dalam nahas melibatkan dua buah trak pikap bertembung di Kilometer 78 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Bukit Ah Kim, Kuala Krai, hari ini. Foto ROSMIZAN RESDI

KUALA KRAI – Seorang mangsa kemalangan maut melibatkan dua buah trak pikap di Kilometer 78 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Bukit Ah Kim, di sini, meninggalkan isteri yang masih berpantang.

Dalam kejadian itu, Juhazrie Junoh, 37, yang juga pemandu Toyota Hilux dalam perjalanan pulang dari Perak selepas membeli peralatan pertanian bersama tiga lagi sahabatnya.

Kakak mangsa, Juhasni Naini Junoh, 48, berkata, mereka sekeluarga dimaklumkan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 2 pagi tadi oleh anak saudaranya sebelum bergegas ke hospital.

“Isteri arwah, Hariatul Laili Omar, 35, masih berpantang lepas lahirkan anak keempat mereka yang berusia kurang 40 hari. Dia reda dan turut ke sini sebelum diminta pulang,”katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), di sini hari ini.

Juhasni berkata, adiknya itu merupakan seorang yang periang dan tegas selain menjadi tulang belakang keluarga kerana bertanggungjawab menjaga ibu, Asiah Ibrahim, 76.

“Kami reda dengan ketentuan Illahi dan berharap agar isterinya terus kuat menerima ujian ini. Insya-Allah, jenazah akan dibawa pulang dan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pek, Machang,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Afiq Anaqi, 20, berkata, bapanya, Mohd. Anif Mat Jizi 41, merupakan penumpang Toyota Hilux yang maut dalam nahas itu tidak menyangka kehilangan bapa tercinta dalam sekelip mata.

“Saya dan ibu bergegas ke hospital sebelum mengetahui bapa sudah meninggal dunia. Ibu juga pengsan beberapa kali. Kami reda dengan takdir ini dan berharap agar urusan bedah siasat dapat selesai dengan segera,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, empat mangsa maut dalam nahas melibatkan dua buah trak pikap di Kilometer 78 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Bukit Ah Kim, di sini tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI