fbpx

Reman anak MB Perlis, empat suspek kes tuntutan palsu disambung sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak MB Perlis antara lima suspek yqng disambung reman di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

KANGAR – Tempoh tahanan reman anak lelaki kepada Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek dalam kes pemalsuan dokumen untuk tuntutan palsu disambung sehari lagi.

Menurut sumber, permohonan reman sehingga esok oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dibenarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd. Nor di Mahkamah Kangar, di sini hari ini.

Katanya, seorang lagi suspek berusia lingkungan 20-an yang juga pembantu teknik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah dibebaskan kerana memberi kerjasama dalam siasatan.

Pegawai Penyiasat SPRM Putrajaya, Chin Ching Yuen mengemukakan permohonan berkenaan manakala kelima-lima suspek terlibat diwakili peguam, Mohd. Fadhly Yaacob.

Menurut Mohd. Fadhly, SPRM telah mengemukakan reman selama tujuh hari ke atas lima anak guamnya pada hari ini, namun mahkamah hanya meluluskan permohonan selama sehari.

“Permohonan reman sehari yang diluluskan itu adalah bagi membolehkan SPRM merumuskan semua hasil siasatan.

“Bagi saya, hak mereka yang ditahan ini perlu dijaga, malah saya juga telah memohon kepada mahkamah agar seorang anak guam saya yang dibebaskan tidak dipakaikan baju warna jingga SPRM berikutan tiada lagi kepentingan dalam reman hari ini,” katanya.

Terdahulu, kesemua suspek terlibat dibawa masuk ke pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.40 pagi tadi bagi permohonan reman oleh SPRM itu.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan lanjutan reman terhadap lima suspek terlibat.

Semalam, Kosmo! melaporkan SPRM memberkas anak kepada Menteri Besar Perlis bersama seorang pegawai kanan kerajaan dan empat individu lain dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`