fbpx

Tragedi helikopter TLDM: 10 mangsa selesai bedah siasat, dibawa keluar HRPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah mangsa dibawa keluar dari Jabatan Forensik HRPB Ipoh sebenar tadi.

IPOH – Jenazah mangsa nahas melibatkan dua buah helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini sebentar tadi.

Jenazah pegawai dan anggota TLDM itu dibawa keluar satu persatu bermula pada pukul 4.35 petang selepas proses bedah siasat selesai pada pukul 2.20 petang tadi.

Lapan daripada 10 jenazah yang beragama Islam itu kemudian dibawa ke Surau Salahuddin Al Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Tambun untuk solat jenazah.

Setelah selesai, kenderaan membawa jenazah digerakkan ke lokasi seterusnya untuk proses pengebumian.

Dua lagi jenazah iaitu mendiang Leftenan T. Sivasutan akan dibawa ke kediamannya di Sitiawan, manakala Laskar Kanan Joanna Felicia Anak Rohna pula dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini untuk diterbangkan ke Serian, Sarawak.

Penerbangan pada pukul 6 petang itu menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kesemua jenazah akan dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di lokasi pengebumian mengikut permintaan keluarga masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI