fbpx

ERDT bantu tingkat penguasaan bahasa Inggeris anak Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (duduk, kanan) meninjau proses pembelajaran ERDT oleh guru kepada murid Orang Asli di SK Kuala Betis di Kuala Betis, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Program Bahan Enhancing Reading Through Digital Text (ERDT) atau bahan bacaan digital dapat meningkatkan penguasaan subjek bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak Orang Asli.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penguasaan bahan bacaan dalam kalangan murid termasuk masyarakat Orang Asli berada di tahap memuaskan dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan usaha itu melalui bahan bacaan digital.

Katanya, dasar memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan bahasa Inggeris dijalankan secara seiring bagi memastikan murid-murid berkeupayaan menggunakan kedua-dua bahasa dengan baik termasuk dalam konteks penggunaan bahasa tersebut sebagai bahasa kedua dalam pelajaran.

“Saya fikir ini antara inovasi terbaik dalam bidang pendidikan kita yang akan memberikan tumpuan penuh kepada mereka dan memastikan mereka tidak akan tercicir dengan program ERDT.

“Inovasi pendidikan ini diperkukuhkan di peringkat KPM. Dalam konteks ini, banyak gabung jalin inovasi telah dibuat termasuk dengan Asia Pacific University hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Bahan Enhancing Reading Through Digital Text (ERDT) Bawah Program Literasi Untuk Murid Orang Asli Dan Pribumi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI