fbpx

Hamzah Ahmad galas tugas Ketua Polis Pulau Pinang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Hamzah Ahmad (kanan) dan Khaw Kok Chin (kiri) di Dewan Mutiara di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad secara rasmi dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu hari ini.

Beliau mengantikan Datuk Khaw Kok Chin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, 25 Mac lalu.

Majlis serah terima tugas itu yang dilaksanakan di Dewan Mutiara di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata, pelantikan itu dibuat secara bijaksana setelah mempertimbangkan kredibiliti dan daya kepimpinan yang dimiliki oleh Hamzah untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

“Saya yakin, beliau (Hamzah) yang merupakan anak kelahiran Sik, Kedah, dengan berbekalkan pengalaman selama lebih 36 tahun, dapat membawa PDRM Kontinjen Pulau Pinang ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

“Pengalaman bertugas di peringkat IPD, Kontinjen, Maktab PDRM Kuala Lumpur dan Bukit Aman pasti menjadikan amanah baharu ini alah bisa tegal biasa kepada beliau,” katanya ketika berucap di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI