fbpx

Sheriff ‘sailang’ Mat Kilau, kutip RM11 juta dalam 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Sheriff arahan Syafiq Yusof mula ditayangkan sejak tiga hari lalu.

PETALING JAYA – Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof berada di landasan terbaik untuk memintas kutipan pecah panggung Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abang kandungnya, Syamsul Yusof.

Selepas tiga hari ditayangkan, filem yang dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan sudah berjaya meraih kutipan RM11.4 juta yang dianggap sebagai pencapaian luar biasa.

Paling menarik, Sheriff berjaya mengaut kutipan RM6.4 juta sekali gus mengatasi rekod filem Mat Kilau arahan Syamsul yang mencatat kutipan hanya RM1.8 juta pada hari kedua tayangannya.

“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka dengan sokongan ini. Kita masih dalam ‘mood’ raya lagi tetapi sokongan orang Malaysia memang luar biasa,” kata Syafiq.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Mohd. Yusof berkata, dia mematuhi garis panduan menonton filem tersebut di pawagam.

“Filem Sheriff: Narko Integriti merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan sebagai P16 oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

“Oleh itu mana-mana individu berusia bawah 16 tahun tidak dibenarkan untuk menonton filem berkenaan.

Filem genre aksi thriller terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw itu mencatat kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal.

Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq, iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Aaron semakin berleluasa.

Nazri pula terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana pelaku sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pada masa sama, Sheriff lakonan Zul, adalah seorang anggota Jabatan Integriti yang dihantar untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan ditugaskan bersama Nazri di bawah satu jabatan.

Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.

Untuk info, filem paling laris dalam sejarah perfileman negara adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan box office tertinggi iaitu RM97 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI