fbpx

Pemandu teksi halang lelaki OKU naik kereta e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu perkhidmatan e-hailing dihalang untuk menjemput lelaki OKU oleh seorang pemandu teksi. - INSTAGRAM @jakarta.terkini

JAKARTA – Sebuah rakaman video tular di laman media sosial memaparkan seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) dihalang daripada menaiki perkhidmatan e-hailing yang dipesan secara dalam talian, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Terminal Kampung Rambutan, Jakarta Timur semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh akaun Instagram @jakarta.terkini, sebuah kereta e-hailing berwarna hitam dilihat berhenti untuk menjemput lelaki tersebut.

Pemandu perkhidmatan e-hailing itu kemudian dihalang oleh seorang lelaki lain yang disyaki pemandu teksi sebelum segera meninggalkan lokasi terbabit.

Tidak dinyatakan punca pemandu teksi tersebut bertindak demikian, namun dipercayai disebabkan pertikaian mengenai persaingan dengan pemandu e-hailing.

Lelaki OKU itu kemudian diminta oleh pemandu e-hailing untuk berjalan sedikit ke hadapan untuk menaiki kenderaan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI