fbpx

Tun Hanif Omar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mohammed Hanif

PETALING JAYA – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif.

“Saya, Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi sekitar pukul 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024,” katanya.

Difahamkan jenazah kini berada di kediaman di No.21, Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam sehingga pukul 10 pagi untuk urusan ziarah.

“Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

“Maklumat urusan pengebumian akan diberi kemudian,” katanya.

Terdahulu, Tun Mohammed Hanif, 85, merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun.

Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970 dan kemudiannya Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI