fbpx

Hujan lebat, ribut petir seluruh negara sehingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk selama tiga hari berturut-turut melibatkan semua negeri Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk yang terdiri daripada hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka berlaku terutamanya pada sebelah petang sehingga ke awal malam.

“Selain itu, sepanjang tempoh tiga hari tersebut, hujan lebat dan ribut petir dijangka lebih tertumpu di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan, dengan taburan hujan yang berterusan pada sebelah pagi hingga petang dan petang hingga ke tengah malam.

“Dalam pada itu, cuaca lembap dan hujan juga berpotensi melanda kebanyakan tempat di negeri Sarawak terutamanya Kapit dan Limbang serta kawasan pedalaman dan Pantai Barat di Sabah,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI