fbpx

Sekeluarga pakai kostum anime semasa Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular satu keluarga memakai kostum anime di hari raya – TikTok/linkinfujin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan sebuah keluarga memakai kostum anime ketika menziarahi jiran tetangga semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, lapor laman portal berita Liputan6 kelmarin.

Dalam klip video yang dimuat naik akaun TikTok @linkinfujin, keluarga tersebut dilihat memakai ‘baju raya’ unik iaitu kostum anime.

Salah seorang ahli keluarga itu berkata, mereka sememangnya peminat anime dari Jepun, manakala idea untuk memakai pakaian itu ketika Aidilfitri dibuat secara spontan.

Video itu menjadi tular dan telah ditonton lebih 2.5 juta kali serta mendapat pelbagai komen daripada netizen.

“Menarik! Keluarga yang sakinah, mawadah, ‘watashi desu’,” kata seorang netizen. 

“Tunggu sahaja majlis perkahwinan saya nanti, saya akan pakai fesyen begini,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI