fbpx

Rayzam Shah terus gilap bakat muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYZAM (depan) masih kekal memegang rekod 110m lari berpagar kebangsaan dengan catatan masa 13.73s.

BEKAS jaguh pecut 110 meter (m) lari berpagar kebangsaan, Rayzam Shah Wan Sofian, 36, giat menggilap bakat muda di Ray­zam Shah Athletics Club (RSAC) berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah untuk membantu pembangunan olahraga negeri itu.

RSAC kini mempunyai lebih 160 peserta berusia 18 tahun ke bawah termasuk atlet paling muda berumur 6 tahun daripada pelbagai acara olahraga dipimpin oleh enam jurulatih dan pembantu jurulatih kelab berkenaan.

“Saya berbuat demikian de­ngan matlamat untuk mencari bakat baharu yang lebih muda kerana pembangunan atlet memerlukan satu jangka masa yang agak panjang, jadi lebih baik jika kita bermula dari akar umbi.

“Saya tidak mahu mengambil atlet yang sudah hebat, sebalik­nya lebih suka ambil mereka yang berusia lebih muda. Kemudian melatih mereka hingga berjaya ke peringkat tertinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bekas atlet kelahiran Sabah itu menjelaskan atlet muda di bawah kendalian RSAC perlu mengikuti sesi ujian tiga kali setahun dan akan menjalani peni­laian prestasi pada setiap enam bulan bersama ibu bapa atlet.

Dalam pada itu, RSAC juga menganjurkan siri kejohanan sendiri berbentuk liga yang dikenali sebagai RS Kinabalu Athletics League (RSKL) dan telah dilaksanakan tahun lalu yang menghimpunkan 1,993 peserta dalam pelbagai acara.

Sementara itu, beliau juga menyatakan bahawa seorang atletnya, Muhammad Fazrul Nizam Ajah, 19, akan menjalani kelayakan Sukan Malaysia (Sukma) acara 110m berpagar dan berharap layak ke temasya yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos depan.

“Saya bersyukur jika dia layak ke pentas Sukma, namun jika tidak layak juga tidak menjadi masalah kerana Fazrul masih muda dan mempunyai banyak masa dan peluang untuk kita ­gilap bakatnya,” tambahnya.

Terdahulu, Rayzam pernah merangkul pingat emas dalam acara 110m lari berpagar dan te­lah memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan masa 13.73 saat (s) pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebelum membuat keputusan untuk bersara dua ­tahun lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN