fbpx

Peruntukan Pembangkang: Pimpinan tertinggi parti tiba di Seri Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang membawa pimpinan tertinggi parti kelihatan tiba di Seri Perdana, hari ini. FOTO-FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana di sini menjadi tumpuan media susulan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dijangka berlangsung pada petang ini.

Tinjauan mendapati beberapa kenderaan yang membawa pimpinan tertinggi parti dalam Kerajaan Perpaduan itu mula memasuki kompleks berkenaan sekitar pukul 4.30 petang.

Difahamkan antara pimpinan yang telah hadir adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Terdahulu, media melaporkan mesyuarat berkenaan dijangka berlangsung pada pukul 5.30 petang dengan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini Fadillah berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Ia susulan perjumpaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengannya di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Perjumpaan itu membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI