fbpx

Penduduk gempar gajah sarkas berkeliaran tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Viola diikuti oleh pengendalinya ketika melepasi pintu hadapan kasino – NBC Montana

BUTTE, MONTANA –Seekor gajah dirakam berkeliaran di tengah bandar Butte, Montana dengan melintasi kenderaan yang lalu-lalang, lapor portal berita MailOnline. 

Menurut laporan, gajah dinamakan Viola itu melarikan diri dari kumpulan sarkas yang menjelajah Montana sepanjang bulan April.

Berdasarkan rakaman video, pengguna jalan utama di Butte terkejut melihat gajah tersebut yang berjalan sambil menghentak kaki.

Ia diikuti rapat oleh kakitangan sarkas yang membawa sebatang kayu besar. 

Kakitangan tersebut kemudian menjelaskan bahawa Viola melarikan diri dari kandang kerana takut melihat lori yang secara tiba-tiba berundur ketika ia dimandikan.

Menurut Persatuan Kebajikan Haiwan Persembahan, ia merupakan insiden kedua di mana gajah melarikan diri dari Jordan World Circus. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI