fbpx

Jenazah anak OCPD Lahad Datu tertembak pistol selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asisten Komisioner Dzulbaharin menyiram pusara anak perempuannya yang meninggal dunia dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja dalam kejadian di kediaman mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu tengah hari semalam.

LAHAD DATU – Jenazah anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hj Khamis kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Jenazah Nur Arisya Zafrina Dzulbaharin, 14, dikebumikan sejurus selesai proses bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Lahad Datu.

Merupakan anak bongsu daripada empat beradik jenazah Nur Arisya Zafrina sebelum itu disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dan keluarga adalah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinian Jais.

Dalam pada itu, Shahurinain terdahulu memaklumkan pihak polis sudah merampas sepucuk pistol semi automatik jenis Walther P99 yang dikaitkan dengan kejadian terbabit.

Beliau turut memaklumkan tiga saksi sudah memberi keterangan untuk membantu siasatan polis namun beliau enggan mendedahkan identiti kesemua saksi.

Menurut Shahurinain, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut atau SDR selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kes ini.

Terdahulu, anak perempuan KPD Lahad Datu ditemui maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya dalam kejadian di kediaman mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu tengah hari semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.42 tengah hari itu, mangsa berumur 14 tahun terbabit ditemui dalam keadaan berlumuran darah di salah sebuah bilik oleh kakak mangsa yang berusia 16 tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata mangsa ditemui oleh kakaknya yang berusia 16 tahun. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI