fbpx

Hampir 200 premis di Selangor tiada sijil perakuan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika melakukan tugasan penyelamatan dalam latihan kebakaran di AEON Mall, Seksyen 13 Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Hampir 200 daripada 1,900 premis di seluruh Selangor tidak akur piawaian sijil perakuan bomba (FC).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, ini termasuk telah melakukan pengubahsuaian bangunan tanpa memaklumkan kepada pihak bomba serta latihan kebakaran bagi pengujian alatan kecemasan bangunan.

Katanya, terdapat sembilan bangunan dimaktubkan memerlukan FC meliputi hospital dan rumah rawatan,perpustakaan, hotel, asrama, pejabat, kedai, kilang, tempat perhimpunan dan storan am.

“Sebelum dapat FC, kita akan melakukan pemeriksaan terutama dalam sistem pencegahan kebakaran di bangunan tersebut.

“Terdapat 10 peratus daripada 1,900 tidak mematuhi FC selain ada telah kita didakwa kerana tidak menepati garis panduan atau peraturan dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau latihan kebakaran di AEON Mall di sini.

Menurut beliau, latihan kebakaran perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi menilai tahap keselamatan dan kesiapsiagaan bomba dan pasukan tindakan kecemasan (ERT) sesebuah bangunan.

Wan Md. Razali menegaskan, setiap bangunan perlu memastikan sistem pencegahan keselamatan bangunan berfungsi dengan baik dan tidak menjadi punca kepada kegagalan dalam operasi pemadaman dan penyelamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI