fbpx

MCMC kesan individu ‘kitar semula’ video 2019 – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil. - Foto FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan, video yang dimuat naik dan tular oleh @janggut.putih di TikTok merupakan rakaman lama pada tahun 2019.

Beliau, berkata, ia sengaja ‘dikitar semula’ bagi membangkitkan kemarahan pihak tertentu.

Susulan itu, beliau memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah bertindak mengesan suspek untuk diambil tindakan selanjutnya.

“Terima kasih. Ini video dari 2019, ‘recycled’ (dikitar semula) untuk sengaja timbulkan rasa marah.

“@MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya di aplikasi X, hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna X, @PejuangPH berkongsi tangkap layar pemilik akaun @janggut.putih beserta video yang didakwa memfitnah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“@FadhlinaSiddiq, @fahmi_fadzil sediakan surat saman,” katanya ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI