fbpx

KL City tekad banggakan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE (tengah) percaya mereka mampu bersaing sengit dengan kelab-kelab dari rantau Asia Tenggara. - KL CITY FC

PASUKAN Kuala Lumpur City (KL City) enggan sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’ apabila dipilih menjadi wakil dari Liga Malaysia (Liga M) bersaing pada kempen Kejuaraan Kelab Asia Tenggara musim depan.

Kejohanan berprestij yang kini dikenali sebagai Piala Kelab ASEAN Shopee itu menjadi rebutan 12 kelab ternama rantau Asia Tenggara dijadualkan bermula 17 Julai hingga 21 Mei depan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini mengesahkan dua slot Liga M ke kejohanan terbabit diberikan kepada KL City dan Terengganu FC (TFC) selaku ­finalis Piala FA dan Piala Malaysia tahun lalu.

Ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac menganggap berita tersebut adalah sesuatu yang sangat menggembirakan selain berharap pasukannya dapat memberi cabaran sengit kepada kelab-kelab di negara serantau.

“(Layak) sertai kejohanan itu adalah perkara yang penting buat kelab dan kami berharap dapat memberi saingan yang baik kepada pasukan hebat dari rantau ini.

“Namun, buat masa sekarang fokus kami adalah untuk membina skuad yang mantap dan mampu bersaing,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi ketua pasukan, Paulo Josue yang mengakui kelab se­perti The City Boys perlu beraksi di peringkat ter­tinggi bagi menguji kualiti yang ada pasukan itu.

“Meskipun pengurusan masih belum meletakkan sasaran, tetapi kami sebagai pemain mahu menjadikan kejua­raan ini sebagai sasaran utama musim ini dan letakkan segala ke­kuatan di sini,” katanya.

KL City sebelum ini pernah mencipta sejarah ketika mewakili negara pada kempen ­Piala AFC edisi 2022 apabila mara ke final sebelum tewas kepada kelab Oman, Al Sadd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI