fbpx

10,000 usahawan dilatih Insken tahun ini, libat pelbagai program bimbingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon (kanan) beramah mesra dengan usahawan semasa melawat gerai hidangan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Insken di Semarak Hall, Cyberjaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi Institut Keusahawanan Negara (Insken) menyasarkan untuk melatih dan membimbing sekitar 10,000 usahawan tempatan tahun ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, tahun lalu, agensi penting di bawah kementerian berjaya membimbing seramai 9,700 usahawan.

Beliau berkata, Insken telah menyusun pelbagai program latihan dan bimbingan di seluruh negara bagi mencapai sasaran berkenaan.

“Ketika ini, kebanyakan usahawan bimbingan terbabit dalam sektor perkhidmatan termasuk makanan dan minuman selain bidang kecantikan dan bengkel kenderaan.

“Kami juga melihat profil usahawan itu dan kajian serta dapatan mendapati kebanyakannya akan terbabit dalam sektor perkhidmatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Insken di Semarak Hall, Cyberjaya di sini, hari ini.

Katanya, secara keseluruhan, 9,700 usahawan bimbingan Insken tahun lalu menunjukkan prestasi cemerlang dengan kebanyakannya mencapai 75 peratus nilai jualan selepas mendapat bimbingan daripada agensi itu.

Ewon berkata, prestasi cemerlang itu sekali gus melonjakkan kedudukan Insken sebagai agensi penting untuk melatih usahawan tempatan.

Menurutnya, pihaknya akan terus menyokong usaha dalam memberi latihan dan bimbingan bagi melahirkan usahawan tempatan yang berjaya dalam pelbagai bidang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI