fbpx

Hanis Zalikha bakal timang anak ketiga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO percutian Hanis Zalikha dan keluarga di Maldives mengundang perhatian netizen yang rata-rata merasakan pelakon dan usahawan itu kini berbadan dua.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Hanis Zalikha mencetuskan tanda tanya ramai apabila berkongsi gambar yang menampakkan ‘baby bump’.

Hanis Zalikha atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, memuat naik foto bersama keluarga itu ketika bercuti di Maldives.

“Makan dalam gelap bersama-sama,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam beberapa gambar, pempengaruh media sosial itu kelihatan teruja menikmati momen bersama suami, Hairul Azreen dan dua permata hati mereka.

Mengenakan blaus diacu bersama celana panjang rona coklat muda, bahagian perutnya tampak agak menyerlah.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat teruja meninggalkan pelbagai komen termasuk ucapan tahniah.

Menerusi perkongsian sama, rakan artis turut menzahirkan kegembiraan andai benar Hanis dan Hairul bakal menimang cahaya mata ketiga.

“Tahniah,” komen pelakon, Fasha Sandha.

“Yeay seorang lagi junior Hanis dan Hairul, tak sabar!” kata seorang netizen.

Tidak dapat dipastikan sama ada itu sekadar usikan memandangkan sehingga kini tiada sebarang respons terhadap khabar angin tersebut.

Hanis dan Hairul yang sah bergelar suami isteri pada 5 Jun 2015 dikurniakan dua zuriat iaitu Yusuf Iskandar, 8 dan Alisa Aisyah, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI