fbpx

Van hilang, Syura rayu bantuan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYURA meminta orang ramai segera menghubungi pihaknya jika ada maklumat mengenai van miliknya yang dicuri baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dugaan Syawal buat penyanyi Syura Badron apabila masih belum menemui van miliknya yang hilang sejak tiga hari lalu sehingga terpaksa meminta bantuan orang ramai menjejaki kenderaan tersebut.

Kata Syura atau nama lengkapnya Zuraidah Badron, 38, lokasi terakhir van putih yang digunakan untuk berniaga itu adalah di Pasir Gudang, Johor.

“Mohon bantuan semua, van perniagaan jenama Foton dengan nombor pendaftaran BRC 185 hilang di lokasi terakhir di Flat S Balau Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor.

“Mohon bantu saya,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi Nazam Berkasih itu turut berkongsi beberapa gambar serta video kenderaan yang disyaki dicuri.

Malah Syura turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi andai ada mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat.

“Kalau ada sebarang infomasi boleh hubungi 011-1121872,” tulisnya pada keterangan gambar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Menerusi hantaran lain dalam Instagram Story, juara MasterChef Selebriti Malaysia musim dua itu memaklumkan sudah membuat laporan polis.

Walaupun sedih selain tidak putus harapan mencari van terbabit, dia reda berdepan ujian lebih-lebih lagi ketika sambutan Aidilfitri.

“Apabila kita diduga, yakinlah untuk reda dan sabar. Allah sebaik-baik perancang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI