fbpx

Pemandu bas bawa semua penumpang beraya rumah mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syatir membawa penumpang menjamu selera di rumah mentuanya. – Tiktok @msyatirtajuddin

JAKARTA – Seorang pemandu bas menjadi perhatian pengguna media sosial kerana membawa semua penumpang berkunjung ke rumah mentuanya untuk menjamu selera pada Hari Raya Aidlfitri, lapor portal berita Tribun Jatim.

Pemandu berkenaan, Syatir dipuji kerana kebaikannya selepas video yang dimuat naik di akaun TikTok @msyatirtajuddin tular.

Disebabkan keikhlasannya membawa penumpang untuk makan percuma, ramai pengguna media sosial mencarinya untuk berkongsi rezeki.

“Tolong berikan saya maklumat berkaitan pemandu itu, insya-Allah saya ingin memberi penghargaan kerana masih ramai orang baik di Indonesia,” tulis seorang netizen.

“Boleh beri saya maklumat tentang pemandu, ada ‘rezeki’ sedikit untuknya,” komen seorang netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI